Tuesday, January 08, 2013

Hidup Penuh Warna-warni

Macam-macam perkara yang telah aku lalui
Suka, duka, sedih, gembira, marah, ceria, kecewa, bahagia
semua telah aku rasa
banyak yang telah berlaku sepanjang bergelar MPP
dan pastinya banyak juga telah berlaku kepada semua di luar sana
semakin lama kita hidup, semakin banyak yang kita lalui
itulah kehidupan namanya
syukur, aku masih bernyawa sehingga kini

Jadual aku yang sibuk telah mengecewakan ramai orang
ibu abah, adik-adik, kawan-kawan, saudara-mara, dan si Dia terutamanya
maaf kecewakan semua,
tak dapat meluangkan masa dengan korang semua

kepada yang telah meluangkan masa dan bekerja bersama-sama diri ini,
terima kasih atas kerjasama korang semua
terima kasih kerana bersabar dengan aku yang banyak kerenah ni
kepada adik-adik dan kawan-kawan baru,
maaflah kalau marah-marah dan bertegas dengan korang semua
tanggungjawab untuk mendisiplinkan dan menjaga keselamatan korang perlu digalas
hehe
terima kasih kerana telah mencoret banyak pengalaman manis pahit

semua yang berlaku telah banyak mengajar dan membentuk diri Nurhafizah Binti Ghazali ni
InsyaAllah, i am now a different person
the better one than before
and I will keep improving myself to be better every each day
=)

Monday, October 01, 2012

My 1st Day as a JPP

Alhamdulillah...
segala proses kempen, pengundian, pegumuman keputusan, 
perlantikan dan pembahagian tugas dah berakhir...
banyaknye proses..haha
dan sekarang, 
aku telah sah dan rasminya 
diberi tanggungjawab dan kepercayaan
daripada UiTM dan HEP terutamanya
 untuk menggalas portfolio
Exco Perhubungan Korporat & Pengantarabangsaan...

1 tugas yang aku tak pernah 
terfikir dan terbayangkan untuk pegang pun sebenarnya..
sangat berat bagi aku sebab 
1 perkara paling penting Exco Korporat ni kene jaga adalah
 IMEJ
bile en.farouq ckp je perkara pertama ni aku jadi tak yakin
haha...kerana.......
aku adalah seorang yang selekeh 
main pakai je ape aku suke selagi menutup aurat
kalau pakai tudung bawal la saat yang paling selekeh agaknye
dengan muka yang agak berminyak
dan tak reti  nak berbedak dan berekap semua ni
hmm...risau sebenarnya..

aku nak exco lain
Exco kualiti dan inovasi 
memandangkan aku ni seorang yang teliti
dan mementingkan kesempurnaan sesuatu program
dan aku suka reka cipta, benda-benda kreatif ni
tak pun mana-mana exco la selagi bukan korporat
yang penting imej tu tak perlu selalu kena jaga
tetapi.....
apakan daya...
en.farouq percaya aku sesuai untuk korporat sebab 
dia kata aku hyper dan agresif..haha..
dia dan en.faisal mencadangkan aku terima
jadi, terima je lah..
sesungguhnya mereka lebih bijak menilai

Well...
for the 1st day saya melaporkan..
seronok jadi Exco Korporat sebab kena deal dengan orang
hehe..best la buat masa ni..
hari ni kitorang ditemu bual oleh RTM
untuk respons dari pelajar mengenai RMK ke-13
aku ditugaskan untuk mengambil nombor-nombor telefon
dan beramah mesra dengan krew-krew RTM ni
wait untill aku yang kena contact orang...
haha..we'll see how it goes



Sunday, September 16, 2012

16 September 2012

16 September..
Siapa ingat tarikh ni ?
Siapa yang tahu apa yang berlaku pada tarikh ni ?
Siapa yang betul-betul menghayati tarikh ini ?
Atau siapa yang menyambutnya, tapi hanya sekadar untuk bersuka ?

Sama juga untuk tanggal 31,
hanya menyambutnya dengan melaungkan lafaz merdeka.
Menyanyi-nyanyi lagu patriotik,
tanpa memahami dan manghayati maksudnya.
Lebih parah lagi, kini ramai yang tidak menghafal lagu-lagu patriotik.

Sedih melihat perkara ini
Sedih melihat anak-anak bangsa
Sedih melihat anak-anak negara

Aku percaya, jika perkara ini berterusan
KEMERDEKAAN negara kita boleh direntap pada bila-bila masa
KEHARMONIAAN yang kita rasai tidak akan lagi dikecapi
PERPADUAN yang berjaya dibina akan runtuh

Akan timbulnya kekacauan
Akan timbulnya perbalahan
Akan timbulnya persengketaan
Lebih teruk lagi,
Akan timbulnya peperangan

Jangan kita biarkan peristiwa 13 Mei berulang
Jangan kita biarkan kemerdekaan digugat
Jangan biarkan keharmonian dan perpaduan negara yang kita kecapi
hilang  begitu saja

Lakukanlah sesuatu sebelum terlambat
Janganlah kita berpecah
Janganlah kita bersengketa
Marilah kita bergabung tenaga untuk sama-sama memajukan negara
Majulah negara untuk keharmoniaan kita bersama

Tuesday, April 10, 2012

Kereta di kunci pak cik POLIS

wah...pagi-pagi tadi turun kat kereta tengok-tengok kereta dah kene kunci...
adehhh...sudah...kereta Kurma,kak Shera,Kodi,Pok Jak kene kunci..
kereta Napel selamat kene saman je sebab dye ade stiker kenderaan..
kereta Syamil dengan Fikri je selamat sebab dyorang parking dekat
tempat yang betul dan mempunyai stiker kenderaan..
*dyorang semua budak-budak band..brass band UITM Kelantan..*
masalah-masalah..dah la pukul 9 pg ni ade show untuk penutup LIBK..

Kenapa Kereta Dikunci ??
1. aku parking kereta Kurma dekat Rumah Tamu..Pok Jak pun same..
2. kak Shera dan Napel parking dekat bahu jalan..
3. Kodi parking dekat tempat laluan motor...haha..ni paling teruk..

sebenarnya ktorang dah diberi warning dah jangan parking kat kawasan kolej...
tapi disebabkan semalam habis training lambat, pukul 12.30mlm, pak Guard pun
dah habis ronda..
ktorang pun parking je la sebab nak gi park kat Medan Ilmu jauh..
penat mengantuk dah dyorang..tempat parking kat kolej TAR pun dah full..
lagi pun esok ktorang dh plan nak blah awal pagi sebelum pak guard cek balik..
tengok-tengok  Pak cik ni lagi awal..haha..

Kurma yang mula-mula perasan hal kunci ni..masa tu Kurma turun dulu gi kat
keretasementara tunggu aku bersiap-siap...
ktorang nak keluar beli roti canai untuk Kurma..
tiba-tiba dye datang balik kat bilik bagi tau aku kereta kene kunci..haha..
cepat-cepat aku turun nak tengok..habis semua kena kunci..hahahaha..
nanti aku upload gambar..tak de cable phone..hehe

dah tu..aku ajak kurma gi beli roti canai je la dulu..
terpaksa ktorang berjalan kaki...huhu..
selamat tak jauh mane..kalau tak, tak makan la si Kurma ni..
*Kurma ini tak makan nasi..dye seorang yang sangat cerewet dalam memilih
makanan..sejak dari kecil dye macam ni..kesian,kesian..haha*

 

Sunday, April 08, 2012

GILE GILE GILE GILE GILE GILE LAMA !!

Gile lama aku dah tak bukak blog ni..hahaha...sangat lama !!
dengan aku yang x berapa nak rajin ber-blogging dan dengan diri yang selalu sibuk ni..haha
memang jarang lah kan nak ber-blogging blogging ni kan..haha

Sekarang..
complete 2 sem aku kat UITM kampus Machang,Kelantan
habis dah paper final BEL260,CTU151,ACC116,MKT243 dan ECO162..
alhamdulillah sudah lepas..
overall semua paper ok..cume CTU problem sikit dan ACC
haih....xpe2...redha...selamat carry mark ACC banyak   =D
CTU je la yg paling problem sebab carry mark takut rendah..haha

paper last adalah ACC116 pada 27 Mac
habis je paper ni boleh dikatakan 85% student BM111 part 2 dah balik
*aku ambik course ni Diploma in Business Studies*
even roommate aku pun semua balik..
tinggal la aku sorang-sorang kat bilik selama 5 hari..
dah tu aku je yang tinggal kat level 4...pengalaman betul
dah tu aku pulak yang hantar dyorang ke stesen bas dan airport..haha..
nak kata jeles tengok orang balik tak de la sangat
rasa seronok ade la sebab dapat jalan-jalan ke KB
(jalan-jalan la sangat)
sebab hantar dyorang ni ke destinasi masing-masing..hehe

Kenapa aku tak balik ???
1. Sebab...
Sepatutnye aku akan menyertai Penang Debate Open 15 April ni
(kalau tak silap)
jadi kami debaters ni ade nak kena praktis la untuk menguatkan
lagi skill kitorang yang baru lagi dalam dunia debat
latihan mulenye dijadualkan akan bermula pada 1 April
lepas tu tukar pulak la latihan bermula ke 4 April...
last-last dapat tau penyertaan kitorang dibatalkan sebab
penyertaan dah penuh
adui....kesian aku..
kalau tau awal-awal aku dh join dah roommate aku balik sekali
bile aku tau berita tu masa tu 29 Mac dah..
boleh la nak balik esoknye tapi konfem tiket mahal sebab beli last minit
tiba-tiba aku teringat..Brass band ade Drum Competition

ha...ni lah sebab kedua

2. Sebab..
 Brass Band ade Drum Competition (DC) pada 15 April jugak..haha
1 April dah kene lapor diri untuk jadi urusetia untuk band aku ni
mase tu aku fikir banyak kali "nak balik ke nak stay"
fikir punye fikir aku buat keputusan untuk join Brass Band
setahun sekali je DC ni..cuti plak 2 bulan..so ape lagi..hehe
tempat tinggal ade,makanan ade jadi tak membebankan pun..
join saja la...hehe..
kalau aku bagi tau awal aku boleh join,boleh dah daftar terus secara rasmi
dapat elaun komander..masyukk..haha..ni pun baru tau ade elaun
tak pe la..memang tak harap pun elaun ni..asalkan ade makan minum.. hehe