Monday, October 01, 2012

My 1st Day as a JPP

Alhamdulillah...
segala proses kempen, pengundian, pegumuman keputusan, 
perlantikan dan pembahagian tugas dah berakhir...
banyaknye proses..haha
dan sekarang, 
aku telah sah dan rasminya 
diberi tanggungjawab dan kepercayaan
daripada UiTM dan HEP terutamanya
 untuk menggalas portfolio
Exco Perhubungan Korporat & Pengantarabangsaan...

1 tugas yang aku tak pernah 
terfikir dan terbayangkan untuk pegang pun sebenarnya..
sangat berat bagi aku sebab 
1 perkara paling penting Exco Korporat ni kene jaga adalah
 IMEJ
bile en.farouq ckp je perkara pertama ni aku jadi tak yakin
haha...kerana.......
aku adalah seorang yang selekeh 
main pakai je ape aku suke selagi menutup aurat
kalau pakai tudung bawal la saat yang paling selekeh agaknye
dengan muka yang agak berminyak
dan tak reti  nak berbedak dan berekap semua ni
hmm...risau sebenarnya..

aku nak exco lain
Exco kualiti dan inovasi 
memandangkan aku ni seorang yang teliti
dan mementingkan kesempurnaan sesuatu program
dan aku suka reka cipta, benda-benda kreatif ni
tak pun mana-mana exco la selagi bukan korporat
yang penting imej tu tak perlu selalu kena jaga
tetapi.....
apakan daya...
en.farouq percaya aku sesuai untuk korporat sebab 
dia kata aku hyper dan agresif..haha..
dia dan en.faisal mencadangkan aku terima
jadi, terima je lah..
sesungguhnya mereka lebih bijak menilai

Well...
for the 1st day saya melaporkan..
seronok jadi Exco Korporat sebab kena deal dengan orang
hehe..best la buat masa ni..
hari ni kitorang ditemu bual oleh RTM
untuk respons dari pelajar mengenai RMK ke-13
aku ditugaskan untuk mengambil nombor-nombor telefon
dan beramah mesra dengan krew-krew RTM ni
wait untill aku yang kena contact orang...
haha..we'll see how it goes